Tuesday, November 17, 2009

AsTaGhFiRuLlAh...



ingat nak 'share' 1 citer ni ngan korang.. ni sayer dapat dari emel my member.. yang dah bacer tu.. bacalah balik.. maner tau.. dah luperzz.. hehheh macam ni citerrrrrrrrr dia..

once upon a time..... Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di
tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! ..
bunyi.... aauuummmmm!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau
tu punyalah kejar hamba Allah ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun
kejar, kejar, kejar dan kejar.
Hamba Allah ni punyalah
takut, berlarilintang pukang.
Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan
daripada
dibaham dek harimau tadi..


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam
perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya.
Si hamba
Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri,
sambil
berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.


Tengah dok berfikir camner nak
selamat..
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.



Aaaaa!!!!.... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu?
Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib
dah jatuh ditimpa tangga.
lagilah takut si hamba Allah ni.
Atas ada
harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.
...


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar,
tetiba keluar seekor tikus
putih dari lubang celah-celah perigi,
naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut.
Sampai kat atas tikus tu gigit tali tupulak.
Cis,kurang ajar punya tikus.
Alahhhh... cam ner ni.
Pas tu.. keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.
Naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.
Tikus hitam ni pun gigit juga tali
tu.
Cis,lagi satu...
Macam mana aku nak buat ni...
habislah jadi mangsa buaya!!!



Berfikir lagi.. Kalau naik kat atas makan dek harimau.

Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
Tetiba.... terdengar
satu bunyi....
uuuuuuuuuuuuu.....
Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit,
melihat lebah yg
sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan
terus masuk ke dalam
mulut si hamba Allah ni tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak
terkata....
Hamba Allah tu kata,
'Fuh manisnya madu ni
,
tak pernah
ku rasa manisnya ni..
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.'
kerana
setitik madu si hamba Allah tu
lupa pada harimau yg sedang menantinya di
mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah


Kalau semua nak tahu ... ader 'something'maksud tersirat dari 'story' ni tau..
jom kiter muhasabah diri sesamer..



si Hamba Allah itu adalah kita semua..
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita,
ajal memang sentiasa mengejar kita,
so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir
yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah
jangka hayat kita
kalau pendek talinya maka pendeklah umur kita
kalau panjang talinya maka panjanglah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam
tu adalah
dunia kita siang dan juga malam
yang sentiasa menghakis umur kita.
Kan tikus tu gigit tali tu....

Madu....
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi
adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,
dia lupa pada harimau dan buaya tu.
Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.
Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah
.......

hopefully kiter sesamer lah meningat2 each other pasal dosa n pahala..
biasalah kiter ni manusia.. mudah lupa.. alpa.. leka..
lebih2 lagi sibuks mengejar hal2 duniawi..
wallauaklam..

No comments:

Post a Comment